![]() |
|||||||||||||||||||
| |
|||||||||||||||||||
|
Melalui Latihan Industri, pelajar dapat melihat bagaimana konsep-konsep sains komputer dan teknologi maklumat yang dipelajari di universiti boleh dipraktikkan di dalam proses pembangunan dan pengurusan harian sesebuah organisasi. Ia juga akan mengembangkan dan mempertingkatkan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar terutamanya di bawah bimbingan professional dari industri dan Universiti. Sehubungan dengan itu, Latihan Industri memainkan peranan sebagai titik persediaan bagi membolehkan seseorang pelajar itu mencebur diri dalam sesuatu profesion yang berkaitan dengan bidang yang dipilih. Buku panduan ini dihasilkan dengan tujuan untuk menjadi rujukan dan panduan kepada Jawatankuasa Latihan Industri, organisasi/syarikat, penyelia syarikat, penyelia Fakulti dan pelajar. Ianya menyediakan garis panduan berkaitan dengan fungsi atau peranan yang perlu dimainkan oleh kesemua pihak yang terlibat dengan Latihan Industri, skop latihan yang diperlukan serta cara penilaian yang dilaksanakan. DEFINISI LATIHAN INDUSTRI Latihan Industri ialah latihan yang dilalui oleh pelajar di organisasi/syarikat yang berkaitan dengan bidang sains komputer dan teknologi maklumat dalam jangkamasa yang ditetapkan untuk mendapatkan pengalaman sebenar dengan mempraktikkan apa yang dipelajari di Universiti. MATLAMAT LATIHAN INDUSTRI Matlamat Latihan Industri ialah untuk membolehkan pelajar mendapat pengalaman di organisasi/syarikat yang berkaitan selaras dengan hasrat Fakulti melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran dan kepakaran bagi memenuhi keperluan semasa negara. OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
|
||||||||||||||||||